Cemburu Nahda 1

7:27 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

..Cinta mungkin mudah untuk disembunyikan, tetapi cemburu..tidak..

"Nahda"

Terhenti lamunan Nahda, Pipinya di cubit Sara. Dia memang sudah lali dengan perangai manja dan kebudak-budakkan Sara semenjak Semester 1.

"Aduh, Sakitlah Sara!" dia tiada masa untuk melayan seperti biasa. Saat hatinya kini yang sakitnya tuh di sini, siapalah yang mahu senyum gembira.

"Maaf, my friend..saja nak ganggu kau," ujarnya membalas sambil melihat raut wajah comel itu menatapnya tajam.

"hmm, aku busy ni." laju tangannya menaip pada Microsoft Word untuk menyiapkan tugasan jurnal minggu ini.

Tatapan Sara dari sisi, tidak dilayan.

"kau sekarang ni, macam lainlah," Sara masih setia berada di sisi Nahda.

Hati Sara kian membisik, melihat sahabatnya itu kaku membisu. Biasanya Nahda yang ceria melayan karenahnya. Biasanya dialah yang banyak menyampaikan berita atau kisah tentang apa sahaja. Tetapi hari ini mimik mukanya masam mencuka.

"aku ada buat salahkah? tapi salah apa? atau barangkali, sedang ada masalah? tapi masalah apa? besar sangatkah masalahnya sampai sahabat aku ni jadi pelik begini? Fikiran Sara melayang jauh. oh ya, mesti bergaduh dengan si Irfan ni. Apa lagilah yang Irfan ni buat sampai sahabat aku ini bagai patung yang terpamer di butik.

Sejak tadi diam membisu, akhirnya Nahda berlalu pergi. Meninggalkan Sara yang sudah terpinga. Sara terus berteka-teki.

"Tunggu Nahda! aku nak ikut!" laju Sara berlari mengejar Nahda. Hampir begnya tersangkut pada sesuatu. Dia menggerakkan kaki dan sedaya upaya mencari punca wajah itu jadi berbeza.

Namun, Nahda kekal bisu.

Lama kedengaran bunyi air paip memancut di dalam blik tandas tetapi suara Nahda sepatah pun tidak kedengaran. Puas dia menunggu dan memasang telinga, manalah tahu Nahda menangis. Tandas tetap sunyi ketika itu.

Sara terpaku. keluhannya dihempaskan kasar.

Duhai sahabatku..ke mana hilangnya seri yang selama ini mewarnai dirimu? sudah-sudahlah itu...aku dah bosan..

Bersambung..

Nota Kaki: Cemburu Nahda 2


You Might Also Like

0 comments