Cemburu Nahda 2

1:11 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Selang beberapa minit Nahda keluar dari kubikel tandas. Dia mendongak dan melihat Sara masih di situ. Dia mengeluh perlahan.

Nahda menuju ke singki. Keadaan dalam tandas terang benderang tetapi tidak sama seperti hatinya sekarang yang ber selerakan hitam. Hanya dia dan Sara saja di tandas itu.

Desiran bunyi air mengisi tangki pam tandas kedengaran berkocak. Nahda terus membasuh tangannya di singki tanpa menghiraukan sahabatnya yang sejak dari tadi memerhatikannya dari pandangan sisi.

"aku tunggul kayu ka kat sini. Bolehnya dia buat-buat tak nampak aku yang penat dari tadi berdiri kat tandas permainan Syaitan..ni..uh..sakitnya hati." Bisik Sara tidak puas hati.

"Nahda"

"Cik Afifah Nahda Binti Haji Razak..kau ni dah kenapa?..Sejak tadi langsung tak jawab soalan aku. Aku ada buat salah dengan kau ka? kalau ada..please lah bagitau aku dan aku minta maaf, janganlah buat aku macam ni." Nada suara Sara semakin sedih. Fikirannya hanya memikirkan Nahda, saat ini.

Nahda yang sejak tadi membelek-belek wajahnya dari dalam cermin, berhenti dan memandang tepat pada wajah sedih sahabatnya itu.

"Sara, aku malas nak cakap or cerita what ever dengan kau sekarang ni. Buat masa ni baik kau tak payah cakap dengan aku, aku malas nak dengar." Nahda mengeluarkan kata-kata yang lahir dari perasaan marahnya dan dengan pantas memalingkan wajahnya ke tepi.

Nahda melangkah keluar dari tandas dan berjalan bersahaja serta cuba mengabaikan perasaan dan wajah Sara ketika itu.

Sara kaku. Hatinya rasa terpukul dengan alunan nada sahabatnya itu dan rasa nak ketuk aja kepala Nahda sekarang ni. 

Sara melangkah keluar dan cuba sembunyikan perasaan sedih dan marahnya dengan wajah yang ceria. Kakinya malas menuju ke dewan kuliah, mahu sahaja dia balik ke hostel dan tidur.


**********

Dia mencampak beg di atas katil dan merebahkan tubuhnya. Lama dia termenung memandang tepat ke arah dinding putih yang masih elok catnya. Entah apa aja yang difikirkan. 

Teringat alunan nada sahabatnya pagi tadi. Dia mulai memikirkannya.

Dia mencapai telefon bimbitnya dan mengiring memandang ke kanan. Tangannya cepat menghantar pesanan Whatsapp kepada Nahda. 

Assalam Nahda.
Nak turun makan tak dengan aku?
Aku lapar ni
Jomlah aku belanja kau :)

Sending......

Lama Sara menunggu balasan, hampir terlena. Namun, tidak berbalas.

"Argh...what ever..malas aku dengan perangai begitu! Mati kelaparan lah aku kalau menunggu." Sara pantas berdiri mencapai tuala lantas menuju ke bilik air. Tidak sampai setengah jam dia menghabiskan masa di dalam bilik air. Lapar sangat barangkali.

Wangi aroma mandian memenuhi bilik saat dia melangkah keluar. Dia menuju ke almari pakaian dan mencapai blaus biru dan seluar jeans terus memakainya. Sekaligus, menyarung tudung instant berwarna hitam dan mengenakan sedikit pelembab bibir, mencapai beg duit dan terus bergerak menuju ke Cafe yang berada di bawah bilik hostelnya.

bersambung...


Nota Kaki : Cemburu Nahda 1


You Might Also Like

4 comments

  1. kak ziha ! ada sambungan tak? sambung lah lagi. :)

    ReplyDelete
  2. huhu, ada sambungan tu dik. tp kak ni malas fikir haha..InshaAllah..nnt akak sambung..no idea actly haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ! plis sambung, plisss. fuhh fuhh. nah jie tiup semangat dah tu. hehe. all the best akak! keep writing. :)

      Delete
  3. patutlah mcm ada angin2 skit hahaha okay2 InshaAllah akak continue

    ReplyDelete