Syahadah Kasih Ayah (Akhir)

11:04 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

“ubat apa ni?” mindanya mula bermain persoalan.

            Syahadah membelek-belek ubat ditangan yang dijumpainya itu sambil melihat nama ubat itu tetapi sukar dia kenalpasti dan tarikh ubat itu masih baru. Syahadah terkejut, dahinya mula berkerut dan hatinya berbisik lagi.

            “sejak bila ayah makan ubat ni. Kenapa aku nda tahu? Ayah sakit ka?” bisik Syahadah.

            “Syahadah..” ayahnya memanggil.

            Dia cepat-cepat meletak kembali ubat yang dijumpainya tadi ditempat asal. Dia bingkas bangun dan menyahut panggilan ayahnya lalu keluar dari bilik itu.

            “iya ayah..Sya disini.”

            “sudah siap bersihkan dan kemas?” tanya ayahnya.

        “sudah, Sya sudah bersihkan. Ayah bolehlah masuk.” Syahadah tersenyum walaupun dirinya masih memikirkan soal ubat itu tadi.

            “ayah..err..” Syahadah sukar untuk bertanya.

            “kenapa nak..?” ayahnya hairan.

            “emm..tiada apa-apalah.” Syahadah sengaja ketawa.

            Ayahnya hanya menggelengkan kepala dan turut senyum memandang karenah anaknya itu lalu masuk ke dalam bilik.

       Syahadah menahan nafas dan menghembuskannya dengan lega. Fikirannya mula berlegar mencari jawapan bagi persoalan tadi. Tetapi dia mula beristghfar daripada memikirkan perkara yang negatif tentang ayahnya.

            Dia hanya berdoa supaya ayahnya sentiasa sihat dan dipanjangkan usia untuk dia masih boleh berbakti kepada ayahnya.

         Malam itu, Syahadah meminta izin ayahnya untu tidur awal. Kepalanya mula sakit dan badannya sedikit penat, mungkin kerana banyak tugas rumah yang dia lakukan hari itu. Ditambah pula dengan kejadian pagi tadi dibilik ayahnya.

            Dia sejak tadi asyik memikirkannya dan dia mula terlelap.

          Malam itu dia tidak dapat melelapkan matanya. Dia masuk senyap-senyap ke bilik ayahnya. Dia melihat ayahnya sedang tidur dengan lena. Dia memegang tangan ayahnya, terasa sejuk. Namun dia melihat ayahnya seperti tidak bernafas.

            Dia memeriksa nadi ayahnya, dan ternyata ayahnya sudah tidak bernafas lagi. Jantungnya juga sudah terhenti.

            “ayah!!!!” Syahadah menjerit memanggil ayahnya beberapa kali sambil menangis teresak-esak. Namun badan yang kaku itu sudah tidak bernyawa lagi.

            Tutt..tutt..tutt!

            “ayah!!” Syahadah terbangun dari tidurnya. Badannya berpeluh sambil mulutnya memanggil ayahnya.

          Dia melihat jam loceng disebelahnya yang berbunyi lalu mematikannya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

            Dia mengusap-usap mukanya yang basah dengan peluh sambil beristighfar banyak kali. Dia lega kejadian tadi hanya sekadar mimpi.

            Tok..tok..tok..

            Syahadah tiba-tiba terkejut pintunya diketuk.

       “nak..?” ayahnya mengetuk pintu banyak kali. Risau kerana terdengar suara Syahadah menjerit.

           Syahadah menghembus nafas lega. Dia terus bangun dan membuka pintu. Dia melihat ayahnya didepan pintu membuatkan dia sudah cukup lega lalu terus memeluk erat ayahnya sambil menangis.

            Ayahnya mula hairan. Ayahnya hanya membiarkan dirinya dipeluk oleh anak perempuannya itu.

            “kenapa ni? Kenapa menangis?” tanya ayahnya.

            “ayah..jangan tinggalkan Sya ya. Sya nda boleh hidup tanpa ayah, Sya kasih ayah” Syahadah menangis teresak-esak.

            Ayahnya senyum lalu meleraikan pelukan anaknya itu. Dia memegang pipi anak perempuannya dan membersihkan air mata yang tidak henti-henti mengalir.

            “Sya..ayah nda akan tinggalkan Sya. Tetapi Sya mesti terima kenyataan suatu hari nanti setiap manusia itu akan pergi kepada penciptanya kembali. Begitu juga dengan ayah. Ayah sudah tua Sya, ayah sudah tidak mampu.” Ayah menyuarakan rasanya dan air matanya juga turut jatuh.

            Syahadah mengangguk tanda faham. Air matanya dilap perlahan-lahan dan memeluk ayahnya kembali sambil berbisik lembut ditelinga ayahnya.

       “ayah jangan risau, Syahadah akan jaga ayah selama-lamanya dan balas jasa ayah besarkan Sya. Syahadah janji sebab Syahadah kasihkan ayah.”

            “ayah juga kasihkan Syahadah” dahi anaknya itu dikucup dengan lembut.

Ayah ingin anak-anaknya mempunyai banyak kesempatan daripada dirinya,
menghadapi kesulitan dengan kesabaran,
tidak tergantung pada sesiapa pun, tetapi
mengapa anak mu ini selalu memerlukan kehadiran mu ayah?

~TAMAT~

You Might Also Like

1 comments