Syahadah Kasih Ayah (3)

6:15 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

“ish..akak ni sibuk jak. Sya tengah cari dompet Sya ni. Selalunya sebelum pergi sekolah, Sya letak dalam almari ni. Tapi sekarang nda ada pula. Siapalah punya toyol yang mencuri ni!!..” dengus Syahadah geram.

Syuhadah diam dan dia menuju ke meja solek adiknya, terus membuka laci meja itu. Diambilnya dompet berwarna biru torques milik adiknya. Di tunjukkan kepada adiknya. Syahadah yang melihat dompet itu terkejut. Kenapa pula ada dilaci itu? Bukankah disimpan dalam almari? Syahadah mengambil dompet ditangan kakaknya dengan kasar. Dia membuka dan melihat isi dompet itu. Risau hilang isi didalamnya. Dia tidak menyedari, sejak tadi kakaknya hanya memerhati kelakuan adiknya yang seakan-akan tidak mempercayai kakak kandungnya sendiri.

“akak nampak dompet adik tu pagi tadi diatas katil, masa kakak bersihkan bilik adik tadi. Mungkin adik lupa letak dalam almari, akak minta maaf tak bagitau adik tadi,” Syuhadah memujuk diri.

Syahadah diam lalu memalingkan wajahnya daripada kakaknya. Geram dihatinya sedikit hilang. Dia mengambil beg sekolahnya dan keluar dari bilik itu. Menuju ke pintu keluar utama, sambil matanya melihat suasana petang sekeliling rumahnya yang damai waktu itu. Dia mengeluh. Seliparnya dipakai, belum sempat kakinya melangkah satu anak tangga, terdengar satu suara menyapa.

“Syahadah mau pergi mana tu. Petang sudah ni, buat apa mau jalan lagi. Makanan pun Sya belum sentuh lagi, kalau ayah kamu balik...”

Belum sempat ibunya menghabiskan bicara, Syahadah sudah memotong.

“alaa..mama ni. Sya pergi rumah Fatin kejap. Nanti pandai-pandailah Sya balik. Sya bukannya budak kecil lagi. Lagipun, ayah bukan peduli dengan Sya pun,” Sayu hati ibunya mendengar ayat yang terpacul dibibir anak daranya itu. Tetapi, dia faham kenapa anaknya berkata begitu.

“hmm, sebelum maghrib Sya balik ya. Jangan lewat-lewat sangat dirumah Fatin tu ya nak,” ibunya mengusap lembut rambut Syahadah.

Syahadah hanya mengangguk dan turun ke bawah rumah. Basikal kakaknya dinaik, terus laju meninggalkan rumahnya. Mama dan kakaknya hanya melihat sehingga kelibatnya hilang daripada pandangan mereka. Kakaknya terpandang ibunya yang berwajah sayu. Mengapa perangai adiknya sampai begitu rupa? Dimana silapnya mereka kepada dia? Monolog hati Syuhadah.

**********

Vrooom..bunyi kereta toyota lama berwarna putih jelas kedengaran diruang tamu rumah. Syuhadah yang leka membaca novel sejak tadi tersedar ayahnya sudah balik. Dilihat jam di dinding menunjukkan angka 5.30 petang. Adiknya, Syahadah belum pulang lagi. Apa yang hendak dijawabnya sekirannya ayahnya bertanya perihal adiknya. Syuhadah mengeluh panjang. Novel ditangannya disimpan rapi di rak buku. Dia ke depan pintu rumah untuk menyambut kepulangan ayahnya dari kerja.

“Assalamualaikum..” ayahnya memberi salam, sambil tangannya mengangkat barangan yang dibelinya. Setiap hari ada sahaja barangan dapur yang dibeli oleh ayahnya, kerana itu mereka tidak pernah kehabisan barangan dapur setiap kali hendak menyediakan makanan.

“waalaikumussalam ayah..” Syuhadah tersenyum melihat ayahnya. Hatinya menjadi tenang melihat wajah ayahnya. Disambut barangan tadi daripada tangan ayahnya dan membawanya ke dapur. Di sana dia melihat ibunya rajin membersihkan belakang rumah. Dia kembali ke ruang tamu sambil tangan membawa gelas yang berisi air untuk ayahnya.

Diruang tamu ayahnya melabuhkan punggung dikerusi kayu milik kerajaan itu. Nafasnya ditahan dan dihembus perlahan-lahan. Lama ayahnya termenung dan tidak sedar anak perempuannya Syuhadah sudah duduk disebelahnya. Syuhadah tangan ayahnya yang hangat. Air tadi dihulurkan kepada ayahnya.
“terima kasih,” ayahnya menyambut air tersebut lalu diminumnya perlahan-lahan.

Syuhadah melihat ayahnya sungguh letih. Dia tahu kerja polis ini bukannya mudah. Ayah perlu bangun awal-awal pagi untuk kerja dan balik lewat petang. Ditambah lagi sekiranya ada duty, ayahnya perlu bermalam dipejabat dan balik keesokan paginya. 

Setiap hujung minggu perlu menjalani latihan. Itu sudah membuatkan Syuhadah cukup faham penat lelah ayahnya demi mencari nafkah buat mereka sekeluarga. Syuhadah bersyukur keadaan hidup mereka serba serbi sederhana dan tidak susah. Tangan ayahnya diurut perlahan-lahan oleh Syuhadah. Jelas kelihatan urat-urat tua hasil kerja gigih ayahnya.

“mesti ayah penatkan..” Syuhadah masih mengurut jari jemari ayahnya.

“nda lah. Ayah sudah biasa. Kau sudah makan? Solat asar? Mama kau di mana?” banyak persoalan ayahnya.

“Sya sudah makan, solat pun sudah. Mama ada dibelakang rumah. Bakar sampah mungkin.” Syuhadah menjawab semua pertanyaan ayahnya.

“adik kau pula?” Syuhadah tahu, soalan ini juga yang akan ditanya oleh ayahnya. Dia menjawab dengan tenang. Dia tidak mahu ayahnya berfikir negatif lagi tentang adiknya itu.

“Syahadah, lepas balik sekolah dia ada dirumah. Kami solat jemaah asar sama-sama juga ayah. Lepas tu, dia keluar sekejap ke rumah Fatin. Belajarlah tu mungkin. Kejap lagi dia baliklah tu,” dia melihat ayahnya berubah wajah.

“hmm. Yalah. Kalau waktu maghrib pun dia belum balik. Kunci saja pintu rumah ni.” Ayahnya berdiri dan menuju ke bilik tidur.

Syuhadah mula risau. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Selalunya, apa yang ayahnya cakap mesti akan dibuatnya. Sebelum ni pun ayahnya pernah mengunci pintu rumah dan merotan Syahadah kerana lewat balik rumah. Haru biru keadaan rumah ketika itu, ditambah pula dengan tangisan Syahadah dan hempasan bunyi barang dari dalam biliknya. Dia takut kejadian itu berulang lagi. Dalam hati memohon laju adiknya balik dengan segera. Telefon bimbitnya dicapai lalu punat-punat di telefon bimbit itu ditekan dengan laju. Beberapa kali dia mendail nombor Syahadah, namun tiada respon panggilan. Syuhadah semakin risau.

**********

Syahadah meneliti jam ditangannya. Dia terkejut kerana tidak sedar sudah lewat petang dia berada dirumah Fatin. Kalau lambat beberapa minit lagi, habislah aku. Bisik Syahadah perlahan. Dengan pantas dia mengemas buku-bukunya dan alatan menulisnya. Dia memanggil sahabat baiknya, Fatin yang sejak tadi tidak tahu pergi ke mana, sambil tangannya masih menyusun buku-buku yang berselerak di atas meja dan lantai waktu mereka belajar tadi. Sejurus selepas itu, muncul seorang gadis tinggi lampai berkulit cerah daripada ruang pintu dapur.
            “aik, kau mau balik sudah?” tanya Fatin.

            “iya, aku mau balik. Lewat sudah ni. Habislah aku oleh ayah ku nanti. Aduii..” risau Syahadah.

            Fatin melihat jam dinding rumahnya. Terkejut dia melihat jam sudah menunjukkan 5.45 petang. Dia tidak sangka mereka belajar sehingga waktu begitu kerana dia sudah faham akan situasi Syahadah dan cara ayah Syahadah. Dia cepat-cepat menuju ke dapur untuk mengambil sesuatu.

            “oi Fatin, kau mau pergi mana lagi tu. Aku mau balik sudah ni ya,” kakinya melangkah terus ke pintu keluar utama rumah fatin, sambil tangannya penuh dengan buku yang dipinjamkan oleh Fatin. Dia turun ke bawah. Buku-buku tadi di simpannya ke dalam raga basikal. Belum sempat dia hendak berlalu pergi. Fatin menjerit namanya dari dalam rumah.

            “Syahadah....tunggu bah! Kau ni langsung nda hormat kawan kau ni kan. Ucaplah salam atau selamat tinggal ka. Ini..main jalan jak, nih na..mama ku masuk tadi. Kau bagi mama kau ya,” 

Fatin menghulur bekas yang berisi cucur udang. Baunya cukup menusuk ke hidung Syahadah. Dia sudah mendapat buah tangan daripada Fatin setiap kali balik dari rumahnya. Syahadah tersenyum.

            “terima kasihlah. Kau memang my bestfriend for ever. kita jumpa esok ya. Buat makanan lain pula nanti esok. Lepas tu bagi aku rasa, hehehe” Syahadah ketawa kecil.

            Fatin tergelak mendengar ayat kawan karibnya itu. Syahadah terus menghayunkan basikalnya balik ke rumah. Dalam hatinya masih risau sekiranya ayahnya akan bertindak seperti dulu.

**********

Didepan rumah. Syahadah melihat kereta toyota milik ayahnya. Dia menarik nafas panjang. Diangkatnya buku dan bekas cucur udang pemberian Fatin. Dengan perlahan-lahan dia berjalan naik ke atas rumah. Dia membuka tombol pintu rumah perlahan-perlahan dan pintu rumah terbuka.

            “fuhh. Nasib baik tidak dikunci,” Syahadah merasa lega. Kepalanya dipanjangkan kedalam rumah sambil matanya memerhati keadaan rumah. Dia melihat kakaknya baring diatas kerusi membaca novel dan dia melihat lagi, risau jika ayahnya muncul secara tiba-tiba.

            Syuhadah yang sejak tadi menyedari sesuatu, bangun dan memalingkan pandangannya ke arah pintu. Syahadah terkejut dengan tindakan kakaknya yang secara tiba-tiba. Kakaknya mengeluh lega selepas melihat adiknya. Dia memandang bilik ayahnya, tiada gerak balas membuatkan dia bertambah lega. Kakaknya menyuruh Syahadah untuk cepat masuk sebelum ayahnya keluar daripada bilik.

            Syahadah masuk ke rumah dan terus menuju ke biliknya. Dibiliknya, dia meletakkan semua barang ditangannya diatas katil dan menghempaskan badanya dikatil, tanda lega. Dia terbangun duduk setelah mendengar seseorang hendak masuk kebiliknya. Dia terus lega apabila mendapati itu adalah kakaknya.

            “huuh..kakak rupanya. Fikirkan siapa. Lain kali, ketuk pintu dulu baru masuk, faham..” Syahadah menjeling kepada kakaknya.

            “ai, sejak bila pula marah kalau nda ketuk pintu ni. Mesti...Sya fikir ayah yang mau masuk tadi kan, patut pun nampak pucat..takut dengan ayahlah tu, siapa suruh balik lewat,” Syuhadah mengenakan balik adiknya, sambil tersenyum.

            Syahadah menjeling lagi dan menyengetkan bibirnya lalu baring semula, tanda tidak suka dengan kata-kata kakaknya itu. Sejak dahulu, kakaknya memang tahu dia sangat takut pada ayah mereka yang tegas itu. Tetapi, dialah yang selalu terkena oleh ayahnya berbanding kakaknya. Sebab itulah dia merasakan ayahnya lebih menyayangi kakaknya berbanding dia. Dia tahu rasa cemburunya kepada kakaknya, membuatkan dia menyampah setiap kali kakaknya menegur dan bercakap dengannya.

            Syuhadah mula sedar adiknya menjadi marah kepadanya kerana kata-katanya sebentar tadi. Dia menyesal mengatakan hal itu kerana dia tahu, adiknya mungkin akan bertambah benci kepadanya.

            “Sya, akak minta maaf. Baik Sya pergi mandi, nanti mau solat maghrib jemaah dengan ayah,” Syuhadah berkata perlahan melihat adiknya yang masih baring diatas katil.

                 Syahadah tidak menghiraukan kakaknya. Dia menutup mata, kononnya hendak melelapkan mata sebentar kerana sewaktu dirumah Fatin, matanya hanya menghadap buku sepanjang hari itu. Kakaknya yang sedar dirinya tidak dihiraukan, dia menutup pintu dan keluar dari bilik adiknya itu. Lama kakaknya berdiri dihadapan pintu bilik Syahadah yang baru sahaja ditutupnya. Dia masih merasa bersalah terhadap adiknya.

**********

Azan Maghrib jelas berkumandang dan didengari oleh seluruh warga Kem PGA disitu. Tika itu, sudah ramai orang kampung yang menuju ke Surau Al-amin untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Tidak kira kaum adam mahupun kaum hawa. Ayah Syahadah selalunya akan keluar awal sebelum maghrib untuk ke Surau, tetapi hari itu ayahnya ingin berjemaah bersama mereka. Ayahnya memanggil isterinya, Syuhadah dan Syahadah untuk solat berjemaah. Kain sejadah sudah dihamparkan menghadap kiblat. Ayahnya sudah siap sedia untuk mengimamkan. Mama Syahadah baru sahaja mengambil wuduk. Setelah itu menuju ke ruang tamu sambil memakai telekung. Dilihatnya, ke dua-dua anak daranya masih belum ada disitu.

“Syuhadah...Syahadah..!!” Syuhadah muncul dengan pantas dan membetulkan telekungnya. Dia melihat ayahnya dan ibunya sudah berada ditempat solat. Namun, adiknya pula tidak kelihatan. Masih tidurkah budak itu. Kalau ayah tahu ini, mesti kenalah dia nanti. Syuhadah bermonolog di hati. Dia risau sekiranya ayahnya memarahi adiknya lagi.

“Syuhadah, adik kau mana??” ibunya bertanya.

“err..dibilik mungkin mama, tengah bersiap,” Syuhadah menjawab tanpa mengetahui bagaimana keadaan adiknya saat itu.

Setelah mendengar jawapan anak sulungnya itu, ibunya bergegas ke bilik Syahadah. Diketuk-ketuknya bilik itu, namun tidak ada sebarang jawapan. Ayahnya yang duduk dikerusi hanya melihat tindakan isterinya dengan raut wajah tenang tetapi tangannya digenggam dengan kuat. Saat itu dia yakin ayahnya sedang marah namun tidak dizahirkan. Hati Syuhadah mula khuatir adiknya masih belum menjawab panggilan ibunya.

Tiba-tiba, ayahnya mula bangun dan menuju ke pintu bilik Syahadah. Syuhadah terkejut dan turut berdiri. Dia semakin risau dan takut melihat raut wajah ayahnya mula berubah. Tanpa berfikir panjang, ayahnya membuka pintu bilik Syahadah dengan kuat. Syahadah yang sejak tadi tidur masih dibuai mimpi. Dia langsung tidak perasan ayahnya masuk walaupun kuat bunyi pintu itu. Ayahnya yang melihat keadaan Syahadah yang masih tidur, membuatkan ayahnya semakin marah. Ibunya hanya mengeluh. Syuhadah pula terkejut adiknya masih tidur dan tidak sedar mereka sedang memerhatinya. Dia mula rasa bersalah kerana tidak mengejutkan adiknya sebelum magrib tadi. Namun, sekarang dia tidak boleh berbuat apa-apa. Adiknya sudah tertangkap oleh ayahnya.

“Syahadah...!!!! booom...!!!” ayahnya menjerit dengan kuat dan memukul sekali pintu bilik dengan hentakan yang kuat. Syuhadah dan ibunya terkejut dengan cara ayahnya itu..

Bersambung..



You Might Also Like

0 comments